BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 26, 2010

Aku Yang Rabun....

Tidak pernah aku rasa kurang dengan kasih-Nya

Tidak pernah aku rasa derita dengan kasih-Nya

Tidak pernah aku rasa tersiksa kerana kasih-Nya

Dan jua tidak pernah aku rasa sepi dengan kasih-Nya

Jika itu aku rasakan mengapakah lagi runtunan jiwa ini menginginkan kasih hamba-Nya untuk mengisi jiwa ini yang penuh dengan limpahan kasih-Nya

Relakah aku bertahan keperitan kerana kasih hamba-Nya

Relakah aku bertahan kerana kesakitan menanggung derita kerana kasih hamba-Nya

Malah relakah aku bertahan kerana kekecewaan yang menggigit kerana kasih hamba-Nya

Masihkah aku mampu berdiri diatas cercaan kerana kasih hamba-Nya

Diatas hakikat ini adakah perlu bagiku menolak atau menghindar kasih dari hamba-Nya dan aku hanya mendambakan kasih-Nya sahaja

“Dan dijadikan setiap manusia itu berpasang-pasangan”

Dia tidak mencipta aku semata-mata aku

Dia tidak mencipta aku untuk membenci cinta hamba-Nya

Dia juga tidak mencipta aku untuk sendiri di bumi yang amat luas ini

Benar! Cinta-Nya adalah sebesar-besar cinta

Cinta-Nya memenuhi manusia seperti aku yang dahaga

Namun dibekali aku dengan fitrah dan rasa kasih kepada hamba-Nya

Cuma hanya aku perlu meletakkan kasih-Nya ditangga yang jitu

Ditempat dimana tiada apa yang mampu menandingi dan menggantikannya

Kasih dan cinta-Nya yang tiada bertepi dan bersempadan abadi selama-lamanya

Hanya aku bimbang diriku yang jahil ini dan berbekal iman senipis kornea mataku yang rabun ini

Lantas khayal dan mabuk dengan cinta dan kasih hamba-Nya

Tanpa aku sedar keperitan dan kepedihan yang bakal aku rasai tatkala kewarasan menguasai diri

Wahai Cinta Agungku…tetapkanlah aku teguh dan tegap dalam meneguk manis CINTAMU..amin..

aku yang rabun Mata dan Hati....huhuhaha...

0 comments: