BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 4, 2010

Blogger Buzz: Monetize!

Blogger Buzz: Monetize!

Wednesday, July 21, 2010

coretan semalam.....

Seperti semalam…

Petang itu aku bermimpi lagi…

Kau hadir bersama senyuman….

Mengingatkan aku saat aku sepi dulu…

DUKA…

Ke manakah kau akan pergi?

Sayangku….

Aku hadir disini kerana ini kali terakhir kau melihatku

Kerana kini kau telah punyai teman baru….

GEMBIRA bakal mengiringimu di hari-hari mendatang….

Ku kira tiada perlu aku disini lagi…..

Aku terpana melihat dia…

Yang melangkah meninggalkanku…

DUKA!

Tidak DUKA….

Aku masih memerlukanmu….

Lupakah kau bagaimana aku di waktu sepiku…

Ya….DUKA….

Benar..GEMBIRA kini temanku….

Namun, hadirnya sahaja tidak mampu…

Membuat aku melupakanmu…..

Kerana hadirmu dulu mengenalkan aku….

Teman-temanmu yang lain….

Ketika itu aku bersua SABAR dan saudaranya TABAH….

Betapa aku tenang sekali mengenali mereka…

Aku tahu kini aku beroleh teman baru…

GEMBIRA……

Sejak sekian lama aku menantikan dia…

Kau tahu itu DUKA…..

Hanya kau tidak mengerti…..

Betapa aku sang manusia ini perlu….

Kalian berdua dalam hidupku….

Bersama GEMBIRA aku kenal saudaranya….

SYUKUR dan NIKMAT…..

Bukankah telah aku bersua SABAR dan TABAH…

Ketika kau disisiku DUKA….

Dan ketika kau berada jua…

Aku sangat dekat pada PENCIPTA-KU

Jua PENCIPTA-MU….

Tidaklah aku mengatakan hadirnya GEMBIRA….

Melupakan aku kepada-NYA…..

Cuma musuhnya LALAI akan cuba….

Meracun jiwaku bersama sahabatnya LEKA…

Tolonglah DUKA….

Kembalilah..bersama GEMBIRA disisiku….

Akhirnya hidupku tidak sepi lagi…

Kerana adanya DUKA dan GEMBIRA disisiku…

Alhamdulillah……

Saturday, June 26, 2010

Lorong gelap itu.....

Ku pernah berjalan di lorong itu....
kosong......beku....kaku........
menelusuri gelap pekatnya malam dingin....
hitam dan dingin........................
umpama hati manusia alpa dan leka....
meneguk racun yang di sangka madu dunia.....

pernahkah terlintas di minda betapa jijiknya kota....
meratah rakus satu persatu kemudaan dan keremajaan.....
jisim yg telah diberi akal fikiran..........
lupa pada cahaya iman yg dibekalkan...

akhirnya......apa......
saban hari kedengaran ngongoian tangisan........
perit dan derita jasad itu kaku kesejukan......
tidak diundang derita menjadi santapan....
di kala mata celik memandang kehidupan.....

demikian......kerana.......
bejatnya minda makhluk yang dimahkotakan.....
akal dan fikiran yang harusnya menjadi suluhan....
iman dan ilmu sang pelita di kekelaman......

namun.......adakah.......
terjamin kematangan akal kerana gah menara ilmu dibangunkan...
kemegahan darjat menjanjukan kewarasan.......
bukan binaan yg harus dipertegapkan....
bukan jua darjat yg harus ditekankan....

hanya........
sekilas cuma kesedaran yang menjengah ........
tatkala ketamadunan hancur menjadi puing bagai disergap mesin yang ganas...
benih kepekaan bakal mencambah kematangan dan kewarasan....
menyalakan kembali sumbu akal yang padam....
lantaran jelaga nafsu yang berkeliaran.....

dipenghujungnya.......
lorong itu tidak lagi jijik dan gelap.........

Aku Yang Rabun....

Tidak pernah aku rasa kurang dengan kasih-Nya

Tidak pernah aku rasa derita dengan kasih-Nya

Tidak pernah aku rasa tersiksa kerana kasih-Nya

Dan jua tidak pernah aku rasa sepi dengan kasih-Nya

Jika itu aku rasakan mengapakah lagi runtunan jiwa ini menginginkan kasih hamba-Nya untuk mengisi jiwa ini yang penuh dengan limpahan kasih-Nya

Relakah aku bertahan keperitan kerana kasih hamba-Nya

Relakah aku bertahan kerana kesakitan menanggung derita kerana kasih hamba-Nya

Malah relakah aku bertahan kerana kekecewaan yang menggigit kerana kasih hamba-Nya

Masihkah aku mampu berdiri diatas cercaan kerana kasih hamba-Nya

Diatas hakikat ini adakah perlu bagiku menolak atau menghindar kasih dari hamba-Nya dan aku hanya mendambakan kasih-Nya sahaja

“Dan dijadikan setiap manusia itu berpasang-pasangan”

Dia tidak mencipta aku semata-mata aku

Dia tidak mencipta aku untuk membenci cinta hamba-Nya

Dia juga tidak mencipta aku untuk sendiri di bumi yang amat luas ini

Benar! Cinta-Nya adalah sebesar-besar cinta

Cinta-Nya memenuhi manusia seperti aku yang dahaga

Namun dibekali aku dengan fitrah dan rasa kasih kepada hamba-Nya

Cuma hanya aku perlu meletakkan kasih-Nya ditangga yang jitu

Ditempat dimana tiada apa yang mampu menandingi dan menggantikannya

Kasih dan cinta-Nya yang tiada bertepi dan bersempadan abadi selama-lamanya

Hanya aku bimbang diriku yang jahil ini dan berbekal iman senipis kornea mataku yang rabun ini

Lantas khayal dan mabuk dengan cinta dan kasih hamba-Nya

Tanpa aku sedar keperitan dan kepedihan yang bakal aku rasai tatkala kewarasan menguasai diri

Wahai Cinta Agungku…tetapkanlah aku teguh dan tegap dalam meneguk manis CINTAMU..amin..

aku yang rabun Mata dan Hati....huhuhaha...

satu kata..satu rasa...

Tak pernah aku mengerti satu kata,

Tak pernah pula aku memahami sifatnya,
Tak pernah jua aku merasai hangatnya,
Dan..............................................................
Tidak pernah sesekali aku mendengar ungkapannya,

Semuanya hanya kerna aku.............
Aku tak bisa membuka pintu itu,
Sedangkan ditanganku kuncinya,

aku terhindar dari datarannya......
sedangkan aku sering bermimpi menari dihamparannya...
terbuai aku dalam anganan berterbangan di udaranya....
berlari aku pada nafas segar yang menyamankan ronggaku...

betapa aku ingin akan kehangatan yang menenangkanku....
betapa aku berharap mengerti keindahannya padaku....
betapa aku mahu singgah di datarannya yang membelaiku....
betapa aku mendamba ungkapannya yang meyakinkanku....
bahawa aku..................................................................................
jua mampu merasai satu kata.....satu rasa itu......................


CINTA........