BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 2, 2009

jiwa,minda dan hati

jiwa ini masih kosong...ak xmau berpaut pada yg laen..ku biarkan jiwa terawangan...akn ku jejak ble tiba yg mengisi kekosongan itu...itu kata jiwa..

sebuah epilog

hati berkata pada minda..jejakkn jiwa ke landasan 'cinta'..hati dengan yakin berkata pada hati bhw landasan 'cinta' itu penuh dengan keseronokan,ketenangan,kedamaian yg mengisi kekosongan jiwa..minda menolak penuh hikmah kerana padanya setiap yg cantik dan sedap itu perlu pada pengorbanan yg bakal menyakitkan jiwa..jiwa terpukau dengan kata hati namun pada masa sama takut ancaman minda..yg mne satu harus diturut? diturut kata hati bimbang binasa, diakur nasihat minda jiwa meronta ingin tahu apakah sebenarnya landasan 'cinta' itu..benarkah ianya tenang seperti kata hati? atau ianya sangat menyakitkan sanggah minda..pergolakan hati dan minda itu membingungkan jiwa..apakah yang perlu dilakukan?akhirnya jiwa mengambil keputusan menjenguk landasan jiwa dengan berbekal nasihat hati supaya tidak terpedaya..rupanya perjalanan ke sana sungguh bercelaru dan bercampur aduk..kadangkala jiwa berasa seakan tidak sabar utk ke landasan 'cinta' itu namun pada situasi yg sama jiwa seakan mahu berpatah balik tnpa menyempurnakan perjalanan itu...jiwa masih lagi berjalan...

******************************************************************************

dikejauhan jiwa dapat lihat fatamorgana landasan 'cinta' yg mendekat seakan ianya selangkah cuma hatta jiwa seakan lega melihat perjalanan yg bakal berakhir..namun jiwa sedar ianya hanya fatamorgana yg membohongi ilusi dan harapan..bekalan minda mula berkurangan dan jiwa masih terasa kosong walau ia tahu ia bakal mampir ke landasan 'cinta' yg bakal mengisi kekosongan bak ujaran hati...tidak sepicing pun jiwa merasa tenang kerana hampirnya ke destinasi..ia berbolak di antara rasa suka dan duka...

penamat perjalanan

sayup kelihatan landasan 'cinta' yang bakal dijejaki..benar kata hati 'tanah' itu tampaknya tenang,gembira dan menyenangkan...jiwa merasa teruja ingin menjejakkan dirinya yg kosong itu tanpa memikirkan ancaman minda...jiwa cuba menjejakkan dirinya namun landasan 'cinta' seakan menolak dirinya secara sinis dgn berkata: wahai jiwa, dirimu tidak layak disini kerana syarat tidak dipenuhi..kagetnya jiwa ditempelak begitu..apa yg tidak mencukupi lagi..perjalananku bersama kata hati dibekali nasihat minda..bukankah itu sudah mencukupi bgiku melayakkan di landasan ini? ternyata jiwa tersilap mentafsir landasan 'cinta'..bkn hanya jiwa hati dan minda juga..landasan cinta bkn hanya penuh dengan ketenangan,kegembiraan,kedamaian dan pengorbanan yg akan menyakitkan jiwa..namun yg paling mustahak dan penting adalah JIWA yang tidak kekosongan dan sepi..kerana landasan 'cinta' adalah dataran bagi 2 JIWA yg saling melengkapi tanpa pertikaan minda dan juga hati..akhirnya jiwa terhumban semula ke tanah gersang Sepi semula....adakah jiwa akan kekal disitu..penantian itu satu penyeksaan..

***********************************************************************************
epilog baru

selagi jiwa masih ber'nafas',selagi hati tidak 'mati',selagi minda masih membius..selagi itu diri tidak perlu mengeluh...keluh kesah padaNya satu keindahan selagi iman dibaja dan disiram..genangan mutiara ditubir mata suatu kerugian andai dipamer pada yg tiada mengerti..gugur bukan kerana si dia tapi kerana Sang Pencipta..